//Supergirl
About Links Diary Follow
LAST MEMORY OF 2015
14:59 | 0 comments


Haii...Lama tak jegah kat sini. Tetiba rindu nak mengarang. Kalau takde angin masakan pokok bergoyang kan?? Macam tu juga dengan aku, kalau takde sebab takkan jari jemari aku ni rajin nak menapikan?? Memang betul, aku memang  ada something nak share kat sini. Aku tak tahu nak cerita kat siapa and thats way aku cerita kat sini. Kat sini bukan orang tahu pun. Hhahahh..Tak tahu macam mana nak start dulu. Hmmmmm... Ok . Hmmmm... Nampak tak punyalah payah nak susun ayat ni. Ok2 macam ni.. Benda ni berlaku selepas habis exam SPM awal bulan 12 tahun lepas. Malam tu kitaorang message macam sebelum sebelum ni. Jap macam sebelum sebelum ni?? Tapi bila?? Sebab hampir setahun aku lost contact dengan dia sebab aku senjaga buang number phone dia. Aku pun tak tahu kenapa aku buang number phone dia.Pernah dia tanya aku kenapa sombong kenapa lama tak contact?? Pastu aku pon jawab lah, bukan sombong tapi kita dah lain kelas dan aku tak contact kau sebab number kau tetiba hilang dan kita bukan ada masa nak main2. Kita kene fokus untuk SPM. Senyap terus dia. Hahahhah. Baru tahu yang budak nama  rahah ni kuat menjawab. Sebenarnya aku senjaga lost contact dengan sebab before ni dia ada confession kat aku tapi masa tu aku form 4 melalui Whatsapp. Mungkin that another reasons kenapa aku malas nak pakai Whatsapp. Balik pada confession dia masa form 4 tu aku buat bodoh je sebab aku rasa macam mimpi. Tetiba malam tu aku teringat tentang confession dia time form 4 tu terus aku tanya dia. Aku tanya untuk kepastian sama ada aku mimpi ke apa ke sebab aku ni kuat berangan. Mula-mula dia agak terkejut sebab aku ingat lagi  confession dia time form 4 and dia cakap tu bukan mimpi tapi realiti. Tapi time tu aku buat don’t no je coz aku ni jenis tak ambil kisah benda remeh macam tu. Tapi malam tu  otak  aku ni tetiba gedik-gedik teringatkan benda silam tu menyebabkan dia  terus buat confession dia secara terus terang dari A sampai Z tentang apa yang rasa selama ni dan apa yang dia pendam selama ni dia luahkan aku. Dia dah tak sanggup nak pendam perasaan tu lama-lama sebab dia cukup derita selama ni. Nak tahu dia cakap apa?? Dia cakap dia sukakan aku since form 3 time teacher's day until now. Oh goshh.. Lamanya. 3 tahun. Aku weird dengan dia ni,,, macam mana dia boleh suka kat aku. Are u blind?? Time aku form 3 perangai aku langsung tak feminin.*bukan dari form 3 tapi sejak sekolah rendah lagi. Lagipun budak ni selalu aku buli. Dah dapat agak siapa? Tak lagi?? Pastu dia cakap lagi yang aku ni perempuan yang first yang tegur dia. Ok dipendekan cerita, dia confession tentang perasaan dia sebab kitaorang bukan lagi pelajar sekolah. Dia kata penat memendam 3 tahun, lepas dia luah segalanya dia rasa hilang beban yang dia tanggung cuma dia takut kehilangan. Aku percaya niat baik dia. Aku tak salahkan dia. Semua manusia dikurniakan perasaan. Tapi aku tak mampu untuk menerima perasaan dia. Dia terlampau baik untuk aku. Aku mampu untuk terima dia sebagai kawan tak lebih tak kurang. Jadi dengan pelahan aku menolak perasaan dia untuk hadir dalam hidup aku. Tuhan je yang tahu perasaan dia saat tu. 3 tahun bukan waktu yang singkat untuk dia memupuk  perasaan sayang tu tapi tak sampai 3 saat aku telah melumpuhkan segalanya. Aku hanya boleh cakap kat dia yang aku sayang dia cuma sebagai kawan. Dua tiga hari kitorang tak message selepas apa yang jadi. Memang aku risau sebab dia ni seorang pendiam terutamanya dengan aku. Tiba-tiba kawan kelas aku yang paling rapat dengan dia message aku. Rupa-rupa kawan aku dah tahu segalanya. Tak tahu macam mana nak cakap. Malu?? Tak payah cakap lah. Berinci-inci tebal muka aku. Kawan aku tak sangka yang dia suka aku sebab kawan aku ni pun sukakan dia. Yelah orang baik mestilah ramai yang suka. Kawan aku ada cakap yang before ni*time lost contact* dia selalu tanya pasal aku melalui kawan aku ni,, tapi kawan aku sangka ni caring seorang member pada member tapi rupa-rupa dia ni ada niat tersembunyi. Berbalik pada message kawan aku tadi tu untuk memaklumkan pada aku yang dia demam dah lebih dua tiga hari. Dua tiga hari?? Maksudnya selepas kejadian pahit tu. Selepas tu kawan aku ada cakap yang dia sedih teramat sangat sebab dia berharap tinggi yang aku akan terima. Kawan aku cakap setiap malam dia menangis, tak makan. Pada mulanya aku tak percaya tapi aku nak kepastian jadi aku beranikan diri untuk call dia. Memang betul apa yang kawan aku cakap. Suara dia lain. Suara dia lemah sangat then tersekat-sekat dan terbatuk-batuk. Bila aku tanya dia sihat, dia jawab hmmm. Bila aku tanya dah makan, dia jawab takde selera. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Bila ditanya dia hanya jawab hmmm. Dia bukan budak kecil yang aku perlu tegur perlu ingatkan. Tapi sebelum aku matikan panggilan, aku ada pesankan dia supaya minum air banyak-banyak then aku ada cakap kat dia jangan layan sangat perasaan tu. Lawan selagi boleh lawan dan aku mohon dia agar jaga diri. Tu je yang mampu aku cakap. Aku tahu bukan senang nak lawan perasaan yang wujud sejak 3 tahun lagi.In sha allah, aku yakin dia boleh lawan sebab perjalanan hidup kita masih jauh dan untuk membantu dia melawan perasaan tu aku sendiri akan cuba untuk terus berhubung dengan dia mungkin untuk selama-lamanya sebab bagi aku nilah jalan terbaik. Sebenarnya aku tak berminat sangat kat lelaki kulit putih yang sampai nampak urat-urat muka. Mungkin ni sebab aku tak boleh nak terima dia kut coz dia ni dalam kategori lelaki macam tu. The Other reasons sebab dia sangat taat  dan patuh pada orang tua dia. Jauh berbanging dengan aku yang kuat melawan mak ayah. Sebab utama aku tak minat dia ni sebab dia bajet cool depan aku, cover selagi boleh cover. Tolonglah aku minta macam tu. Disebabkan tu aku rasa tak selesa nak rapat dengan dia. Antara dia dengan Syukri, aku lebih prefer kat Syukri. Siapa Syukri?? Syukri ni classmate aku time form 4 tapi dia pindah kelas time form 5. Sedihnya. Aku suka Syukri ni sebab sikap dia yang selamba badak membuatkan aku selesa dengan dia dan rambut dia yang serabai tu mengalahkan penyapu kelas yang membuatkan dia nampak comel tapi tak sangat.  Heheheh.  Tapi sejak dua menjak ni aku terover minat  kat mat salleh sampai aku berharap bertemu jodoh dengan mat salleh. Pernah aku mimpi yang aku bertemu jodoh dengan lelaki kulit putih Melayu, aku takut andai tu bukan mimpi tapi dejavu aku. Arghhh..Sedihnya andai berlaku tapi qada dan qadar Tuhan takde siapa yyang dapat mengubahnya. Nak tahu mat salleh mana yang aku minat?? Hah ramai antaranya Taylor Lauther,  Louis Tomlinson, Ryan Guzman, Liam Payne, Grant Gustin, Danny Blum dan Thomas Sangster tapi aku lebih minat kat Taylor Lauther dan Danny Blum lah. Hhahahaha melampau betul kan. Mungkin sebab diorang boleh mencairkan  hati perempuan dalam dunia ni termasuklah aku .Hahahah. Kenapa senyap?? Tak kenal diorang?? Ishhh search sekarang tapi hati-hati sebab takut nanti ada yang cair pula. Alamak dah lewat malam. Hmmmm selamat malam semua dan jangan tidur lambat sangat nanti cepat tua. Hahahahha just joke.


P/S terima kasih sebab layan aku dengan baik selama ni dan In sha allah aku akan doakan kesejahteraan dan kebahagiaan kau. Selamat tinggal,  Afiq Arman

Older Post<
Disclaimer

Photobucket
Holla ! Welcome to Supergirl Blog. Leave your link at my chat box. bekind and no harsh words here . :)

Tagboard

Photobucket
Put your cbox at here . Width 100% .

Credit

Photobucket
Template by : Panda + Hitam
Background : Izyan
Cute image : Everything Inspiring